aids-2.jpgKebanyakan orang yang menerima berita bahawa mereka dijankiti HIV/AIDS akan menafikan bahawa keputusan ujian darah itu betul. Anda mungkin berpendapat bahawa keputusan ujian itu salah atau makmal cuai dan telah mencampur-adukkan keputusan ujian. Reaksi seperti ini adalah biasa dan normal.Pada permulaannya, penafian ini mungkin membantu, ia boleh memberi masa dan peluang untuk kamu membiasakan diri dengan jankitan HIV/AIDS. Bagaimanapun, sekiranya penafian ini tidak diatasi, ia merbahaya kerana kamu mungkin tidak mengambil langkah mencegah atau meminta bantuan sokongan dan rawatan.Adalah penting agar kamu melafaskan perasaan kamu kepada doktor atau rakan yang boleh dipercayai agar kamu mendapat rawatan dan sokongan yang diperlukan.aids8.jpgPerasaan marah adalah normal dan biasa ketika menerima berita HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit bingung/marah kerana mereka ragu-ragu dari mana mereka mendapat jankitan virus HIV dan tidak mengetahui bahawa mereka pembawa virus itu.Cara mengendalikan perasaan marah ialah·   Bercakap tentang perasaan kamu kepada rakan, kaunselor atau kumpulan sokongan·   Elakkan daripada bergaul dengan orang-orang yang mungkin meningkatkan perasaan marah kamu·   Tingkatkan aktiviti2 supaya tidak terlampau memikirkan perasaan marah itu. 

No Comments Yet

Belum ada komentar.

Komentar RSS Lacak Balik URI Pengenal

Tinggalkan komentar